Sunday 5 February 2012

Runtuhnya Sebuah Dosa

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn niat utk kebaikan,
walaupn tidak dilaksana.

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn senyuman yg ikhlas,
walaupun tidak berbalas.

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn amanah yg dipegang,
digenggam erat padat dan tidak terburai.

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn doa & amalan yg berterusan,
tanpa rasa jemu, ragu dan harus tawakal.

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn pencarian yg halal,
tanpa rasa tamak, dengki & haloba.

Runtuhnya sebuah dosa,
hanya dgn kesabaran,
kerana setiap berlaku ade hikmah disebaliknya.

[Ya Allah ampunkan lah dosa hamba mu yg berdosa,
kerna kami tidak mahu masuk keneraka mu,
tp tidak jua kami layak kesyurga mu,

Ya Allah gantikan lah hati kami yg hitam
dgn cahaya hidayah & petunjuk mu.
Kau lah Maha pengampun lg Maha penyayang.]

No comments:

Post a Comment